Saturday, 21 May 2011

Lelaki & Seks

...Lagi Besar Lagi Best Ker......

Sekarang banyak produk2 kesihatan intuk lelaki dipasaran, dari minyak hinggalah kepada bermacam jenis ubatan yang mudah diperolehi...

tapi adakah berkesan? adakah ubatan tersebut mempunyai kesan?...

hermmmm....terpulang pada kita untuk mencuba...kesannya!!...tanggung sendiri...kesan yang baik mungkin kita akan rasa puas hati, tapi kesan yang buruk! macm mana pula....

okeyh...kat sini gua akaan kongsi tentang petua2 untuk kesihatan 'adik kecik' korang 2 dari segi sudut penampilan secara asas...tapi bukn pasal masalah mati pucuk yer..

Apabila makin berumur, ade banyak sebab2 yang boleh menyumbang kepada kurang daya alat sulit. Bahagian ini juga perlu dijaga seperti enjin kereta korang...

Petua yang diberi tidaklah dijamin 100%, kemungkinan besar korang bakal akan dapat 'adik' yang mantop,sasa dan sedikit sebanyak mampu memperbaiki keyakinan korang terhadap diri sendiri...

1. SENAMAN

untuk memantopkan 'adik' korang tuketahap maksima, korang harus memastikan saluran darah dibahagian 'adik'korang 2tak tersekat & mengalir dengan lancar. secara asanya aliran darah sekeliling 'adik' korang 2 yang menjadi penyebab ketegangan. dengan senaman yang kerap, aliran darah dalam tubuh akan berjalan dengan lancar & sedikit sebanyak akan menghilangkan sekatan pengaliran darah dalam pembuluh darah, menyebabkan darah akan mengalir dengan baik desekeliling 'adik' korang.

2. CARA PEMAKANAN

Banyakkan makan makanan yang berasakan kacang soya, sayur2ran segar, buah buahan segar & makanan laut. kurangkan makanan berlemak. cuba jaga badan korang kerana ia akan beri kesan kepada kesempurnaan 'adik'korang.

to be continued.....継続する ...Keizoku suru..hehehe(sebab gua x sempat nk tulis)


Friday, 20 May 2011

FADHILAT SOLAT JUMAAT


Dialog Ahli Kubur

Imam Azuzai berkata bahawa di suatu hari maisarah R.A talah melalui kawasan perkuburan sambil mengucapkan "Assalamualaikum Ya Ahlil Kubur..."

ALLAH S.W.T lalu mengambalikan nyawa kepada salah seorang ahlil kubur tersebut. Tanpa menjawap salam yang diucapkan oleh Maisarah R.A dengan jelas lelaki itu berkata:

" Alangkah untungnya kamu sekalian wahai penghuni dunia. Sesungguhnya kamu sekalian dapat menunaikan haji 4kali sebulan."

Lalu ditanya oleh maisarah R.A "Bagaimana boleh mengerjakan haji 4kali setiap sebulan?"

Lantas lelaki tersebut menyatakan: "yarhamkumumullah! iaitu setiap solat jumaat. Apakah kalian tidak mengerti, bahawa solat jumaat adalah haji mabrur?"

Berkata maisarah R.A :" jika demikian apakah amalan yang harus aku lakukan pada hari tersebut?"

Maka lelaki ahli kubur itu menjawap; "wahai manusia penghuni dunia, bahawasanya membaca istighfar itu adalah memberi manfaat dalam urusan akhirat,"

Maisarah R.A bertanya lagi :"mengapa ketika aku memberi salam tadi, kamu tidak menjawapnya. tetapi terus bertanya padaku?"

Ahli kubur itu menjelaskan; " memberi dan menjawap salam adalah satu dari kebaikan yang memberi pahala dan kebaikan. padahal segala kebaikan telah dihilangkan dariku. jadi sudah tidak ada penambahan amal kebaikan dan pengurangan amal bagiku. aku sangat redha kepada kalian semuapenghuni dunia dan ucapan yang engkau berikan padaku".


Thursday, 19 May 2011

Cara Mengelak Dirompak

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4. Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)...

Syirik Dari Riak

Berkata syidad bin Ausin: "saya melihat nabi Muhammad S.A.W sedang menangis, ta Rasulullah?"

Baginda menjawab: "saya khuatir terhadap umatku ini akan perbuatan syirik. ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala, tetapi mereka telah berbuat riak ( berbuat baik/ amal dengan harapan dipuji orang) dengan amal perbuatan mereka....

Renung-renungkan...adakah kita diantara golongan tersebut secara sedar atau tanpa sedar....

Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG......

Tuesday, 17 May 2011

Pirates of The Caribbean 4



Jack Sparrow and Barbossa memulakan satu pencarian mencari elusive fountain of youth... PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES 19 Mei 2011...pelakon Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides

Jonny Depp – Jack Sparrow

Penelope Cruz – Angelica

Ian McShane – Blackbeard

Bapak Buat Silap Mata


Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."..

Tersalah rendam





Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.



Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok..........


*Lihat lebih dekat*


Hatiku gundah,
Tak ingin pergi,
tak ingin berpisah..
Hatiku bertanya,
hatiku curiga..
mungkin kutemui kebahagiaan seperti disini,
sahabat yang selalu ada dalam suka dan duka..

pergilah resah,
jauhkanlah aku dari salah prasangka,
pergilah gundah, jauhkan resah .

lihat segalanya lebih dekat,
mengapa bintang bersinar,
mangapa air mengalir,
mengapa dunia berputar,
lihat segalanya lebih dekat
dan aku akan mengerti...

maafkan aku kawan,
aku x bisa memberi kebahgiaan tuk kalian....
tapi ketahuilah,
ini lah yang bisa ku lakukan.......
ku berusaha tuk jadi yang terbaik untuk kalian.....


Saat Terapuh....


Biasanya aku penglipur laramu, biasanya aku penghapus air matamu.
ku katakan "semuanya baik saja"..Namun saat ini ku jatuh dalam hidupku.

Ku perlu dirimu untuk berbagi bebanku, temani aku untuk untuk ku harungi saat ini..
katakan padaku inikan berlalu, dakaplah diriku saat ini kurapuh ......
biasanya aku tak pernah goyah,
biasanya aku tetap tegar.

ku mampu hadapi rintangan menghalang, namun saat ini ,
saat ku jatuh dalam hidupku,
ku perlu dirimu berbagi bebanku,
temani aku lalui saat ini,
katakan padaku semuanya kan berlalu,
dakaplah diriku saat ini,
ku rapuh..

hanya untuk malam ini, peluklah aku hanya untukn saat ini,
esok ku kan tegar kembali..


Wednesday, 11 May 2011

Kisah tiga anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai
sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan
cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan
mereka secara serentak.......


Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua
ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.


Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu
ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang
pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan
setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis
tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan.
Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........


Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas,
hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud
yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe"
di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu
akan maksud yang ingin disampaikan.....


Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak
mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi
"Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut,
iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud "Besar,Teguh dan Peramah",
maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....


Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak
ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima
sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir
dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis
perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil
masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca
iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar,
iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."...........