Friday, 20 May 2011

FADHILAT SOLAT JUMAAT


Dialog Ahli Kubur

Imam Azuzai berkata bahawa di suatu hari maisarah R.A talah melalui kawasan perkuburan sambil mengucapkan "Assalamualaikum Ya Ahlil Kubur..."

ALLAH S.W.T lalu mengambalikan nyawa kepada salah seorang ahlil kubur tersebut. Tanpa menjawap salam yang diucapkan oleh Maisarah R.A dengan jelas lelaki itu berkata:

" Alangkah untungnya kamu sekalian wahai penghuni dunia. Sesungguhnya kamu sekalian dapat menunaikan haji 4kali sebulan."

Lalu ditanya oleh maisarah R.A "Bagaimana boleh mengerjakan haji 4kali setiap sebulan?"

Lantas lelaki tersebut menyatakan: "yarhamkumumullah! iaitu setiap solat jumaat. Apakah kalian tidak mengerti, bahawa solat jumaat adalah haji mabrur?"

Berkata maisarah R.A :" jika demikian apakah amalan yang harus aku lakukan pada hari tersebut?"

Maka lelaki ahli kubur itu menjawap; "wahai manusia penghuni dunia, bahawasanya membaca istighfar itu adalah memberi manfaat dalam urusan akhirat,"

Maisarah R.A bertanya lagi :"mengapa ketika aku memberi salam tadi, kamu tidak menjawapnya. tetapi terus bertanya padaku?"

Ahli kubur itu menjelaskan; " memberi dan menjawap salam adalah satu dari kebaikan yang memberi pahala dan kebaikan. padahal segala kebaikan telah dihilangkan dariku. jadi sudah tidak ada penambahan amal kebaikan dan pengurangan amal bagiku. aku sangat redha kepada kalian semuapenghuni dunia dan ucapan yang engkau berikan padaku".


No comments:

Post a Comment