Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai
sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan
cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan
mereka secara serentak.......
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua
ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu
ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang
pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan
setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis
tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan.
Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas,
hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud
yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe"
di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu
akan maksud yang ingin disampaikan.....
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak
mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi
"Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut,
iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud "Besar,Teguh dan Peramah",
maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak
ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima
sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir
dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis
perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil
masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca
iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar,
iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."...........
orait
ReplyDeleteok
ReplyDelete